Tuesday, April 27, 2010

Selamat datang tahun baru...2010


Tahun baru 2010..baru pun takdela baru sangat dah...tapi belum terlambat rasanya nak bagitau dah genap 2 tahun usia blog ni.walaupun post tak banyak..tapi ada juga yang melawat dan tak lupa tinggalkan message.Cuma maaflah kalau message lambat reply.So untuk tahun baru ni juga cikgu nak promote sikitlah laman Facebook Group yang cikgu rasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga2 MPV Produksi Multimedia dan juga Grafik Berkomputer dari seluruh Malaysia.Tujuan fb group ni sebenarnya nak mengumpulkan dan eratkan silaturahim seluruh warga MPV.Bagi kami para guru,dapatlah tahu serba sikit ke mana arah student MPV setelah habis persekolahan dan untuk para pelajar dapatlah juga jumpa kawan2 lama dan juga yang baru.buat setakat ni..dah ada 104 ahli yang dah join group ni dan insyaAllah akan terus bertambah dari masa ke semasa.Itupun kalau 104 ahli ni dapat hebahkan kepada rakan2 lain

Link untuk Facebook Group-MPV Produksi Multimedia
silalah klik imej disebelah untuk join...:).Boleh juga sumbangkan karya2 murid pada ruangan photos ya...insyAllah cikgu akan lebih luangkan masa di Facebook berbanding ngan blog ni...

Tahun ni jugak,studio MPV berubah wajah...cat baru yang lebih garang(merah)...sebab apa pilih merah?merah tu lambang berani,so student MPV ni mesti berani untuk menjadi kreatif.kreativiti tak boleh disekat-sekat dan perlu ada improvement.jadi warna merah memang sesuailah untuk studio kami.cikgu pun bolehlah marah2 lebih lepas ni sebab warni ni memang cepat buat orang naik marah...hehe.tapi marah cikgu hanya untuk kebaikan.

Monday, January 12, 2009

2009...2008 dlm kenangan

welcome back to school...2009...tahun baru semangat baru.hope tahun ni nama MPV terus lagi utuh,teguh,maju kat SMKBB ni.alhamdulillah, tahun 2008 merupakan tahun yg agak ok bagi pelajar MPV sebabnya takde kes2 berat yang membabitkan pelajar compared ngan tahun2 sebelumnya..:)...semuanya okey,tahun yang agak sibuk ngan aktiviti luar seperti Pameran karnival pendidikan melaka kat MITC,pameran kerjaya kat Munsyi Abdullah.juga sukses ngan pertandingan2 seperti pertandingan ICT kat rumah Media,pertandingan digital storytelling.syabas dan tahniahlah kepada semua.
so untuk tahun ni..kita akan adakan perjumpaan kelab yang pertama pada next week (21st January).diharap semua pelajar MPV(5d dan 4E) dapat hadir supaya kita dapat pilih ketua dan AJK kelab yang baru.

Monday, August 4, 2008

tutorial untuk photoshop

Senarai Rujukan Tutorial Photoshop
http://www.russellbrown.com/tips/photoshop.html
http://www.teamphotoshop.com
http://www.adobe.com/products/photoshop/main.html http://www.planetphotoshop.com/tutorials.html
http://www.photoshopcafe.com
http://www.mccannas.com/pshop/photosh0.htm http://www.tiemdesign.com/howto/photoshop.htm
http://www.designsbymark.com
http://www.good-tutorials.com
http://www.absolutecross.com/tutorials/photoshop/
http://www.photoshoproadmap.com
http://www.phong.com/tutorials/_

Cungkil Bakat




sorry...agak lama juga blog ni tak diupdate.kesuntukan masa,tapi masih byk lagi yang saya nak letakkan dalam ni,just tunggu bila free aje.anyway saya nak bagitau kepada sesiapa yang berminat untuk membuat rekaan logo baru bagi kelas MPV,silalah hantar pada saya.logo yang lama ni cuma sementara aje,in case kalau ada rekaan yang lagi menarik daripada korang semua,adalah amat digalakkan.


rules untuk buat logo MPV ni tak byk just kalau boleh jgn gunakan lebih dari 3 warna.kalau dapat kekalkan warna tema (iaitu warna oren) lagi bagus.boleh gunakan manual(lukisan) ataupun software2 seperti photoshop,freehand,flash ataupun illustrator.


kalau korang nak berkarya untuk majalah x-limit(majalah online pertama oleh sifoo.com)boleh submit poster digital/fotografi anda pada alamat emel yang tertera dalam poster kat bawah ni.tema:bulan kemerdekaan/merdeka 51.tarikh tutup pada :15 ogos 2008.format:imej (jpeg,psd,tiff,png) hantar pada :xlimit@sifoo.com

Tuesday, July 8, 2008

Pemenang Rekaan Kulit Majalah



Pemenang Pertama : Hafizah 4D
Komen: -Ada penggunaan Masthead(tajuk besar yang menarik.penggunaan warna juga jelas,kontra dari latar belakang).
-sususan imej yang kemas.objek utama kontra dari imej-imej yang lain.
-warna untuk teks perlu kontra dari latar belakang.elakkan dari menutup gambar.



Pemenang hadiah kedua - Izzati 4D
-Ada masthead.(baik)
-tajuk2 kecil perlu guna font lebih kecil dan disusan rapi sebab nampak berselerek
-jangan "kemekkkan" gambar.hati2 semasa gunakan scale tool.
-font jangan tutup gambar.


Pemenang hadiah ketiga - Adilah 4D
-tak nampak macam kulit majalah.elakkan letak masthead di bahagian tepi (kiri) sebab kalau nak bind buku nanti tak nampak.tapi penggunaan warna dan effect nampak menarik.
-effect gambar menarik dan kemas .a good try.






Saguhati : Zhafir 4D







Saguhati :Atirah 4D

Tuesday, June 24, 2008

Minggu Teknik dan Vokasional 2008

Sempena Minggu Teknik dan Vokasional,
Panitia MPV menganjurkan satu pertandingan "Rekaan Kulit Majalah".Butirannya adalah seperti berikut:

Tajuk : berkaitan tentang sekolah cthnya Majalah Kelab,Persatuan,kelas,sekolah dan sebagainya.
Tarikh tutup : 30 Jun 2008 (Isnin)
Saiz : A4 (7inch x 11 inch)
Format : JPEG
Hadiah : Tempat pertama -tempat keempat
Cara menghantar : Disket atau hantar terus ke alamat email : mpvPMsmkbb@gmail.com / riza_79@yahoo.com.

Satu booth jualan juga akan dibuka pada 26 Jun 2008 ,bertempat di Kantin Sekolah pada jam 9.40 - 11.00.khusus untuk menjual pelbagai print out (bookmark,kulit majalah dsbnya).Sila hebahkan pada rakan-rakan dan guru .hasil jualan akan mengisi tabung kelab MPV multimedia.

t.kasih.