Friday, February 22, 2008

Tarikh Baru SPM 2008

Berita Harian Online - Hishammuddin turut mengumumkan tarikh baru peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun ini.

Katanya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengubah tarikh peperiksaan itu ke penghujung cuti akhir tahun persekolahan bagi mengurangkan masalah ponteng di kalangan pelajar selepas musim peperiksaan.

Tarikh baru bagi UPSR ialah 9, 10 dan 11 September; PMR (13, 14, 15 Oktober, 4 dan 5 November), SPMU (24 dan 25 Jun); STAM (20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober) manakala SPM mulai 12 November hingga 6 Disember.

Beliau berkata, perubahan tarikh itu dibuat selepas LPM mengambil kira cadangan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid serta kajian dan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk yang mengendalikan peperiksaan.

Kajian itu memberi fokus kepada sudut logistik dan kesannya terhadap pengurusan pendidikan pada peringkat Pusat, negeri, daerah dan sekolah serta proses pengajaran dan pembelajaran sekolah.

Beliau mengingatkan ibu bapa supaya memberi kerjasama dalam mengawasi disiplin dan pergerakan anak-anak mereka dan tidak membiarkan tanggungjawab itu dipikul pihak kementerian, sekolah dan jawatankuasa disiplin.

No comments: